Nur iman
10 Jan 2017
Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973),
juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan
Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam
bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.
Merujuk kepada wikipedia, Za'aba dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.
Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke:
1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar
1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951
1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.
Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeareyang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.
SUMBANGAN DAN KARYA
SUMBANGAN ZA’BA
Tan Sri Dr. Zainal bin Abidin telah diiktiraf dalam masyarakat dan negara sebagai seorang tokoh cendekiawan yang berwibawa. Beliau merupakan seorang pencetus dan pemikir dalam pelbagai bidang seperti agama, politik, sastera, bahasa dan lain-lain. Beliau juga merupakan salah seorang cendekiawan yang mendukung gerakan Islah suatu ketika dahulu. Dalam bidang politik pula, beliau merupakan seorang penggerak aktif dalam menyatukan bangsa Melayu serta menolak gagasan Malayan Union yang telah dicadangkan oleh orang Inggeris.
Walau bagaimanapun, beliau dilihat lebih menyerlah dalam bidang bahasa. Hal ini tidak dapat disangkal lagi kerana banyak sumbangan dalam bidang bahasa yang beliau telah berikan. Minatnya dalam bidang bahasa sudah timbul sejak kecil. Beliau telah bercita-cita untuk menulis sebuah buku tentang nahu Melayu sejak berumur dua belas tahun lagi. Semangatnya ditunjukkan bermula pada tahun 1918 semasa bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah pun mula mengumpulkan perkataan-perkataan Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi.
Pada tahun 1924, beliau mengambil satu inisiatif dengan menubuhkan sebuah persatuan yang bermatlamatuntuk menyeragamkan ejaan Jawi. Beliau telah menjemput beberapa orang pegawai kerajaan yang berlatar belakangkan pendidikan Inggeris ke Kuala Lumpur dalam usaha bersama-sama menubuhkan ‘Pan Malayan Malay Literary Society’ bagi menyatukan sistem ejaan Melayu yang pada masa itu mempunyai pelbagai sistem ejaan serta memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden.
Setelah hampir 20 tahun berusaha, akhirnya pada tahun 1938 beliau berjaya menyiapkan sebuah buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang diterbitkan 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 1949. Namun begitu, pada tahun 1931, beliau sempat menyiapkan sebuah buku mengenai undang-undang ejaan jawi dalam buku yang bertajuk Rahsia Ejaan Jawi.
Beliau bukan sahaja telah melakukan pembaharuan dalam sistem asas bahasa Melayu, malah beliau juga turut melakukan pembaharuan dalam bidang ejaan dan tatabahasa Melayu. Sezaman dengan tokoh linguistik Amerika yang terkenal, beliau merupakan orang yang menandai awal perkembangan ilmu linguistik Melayu. Taraf Za’ba sebagai perintis bahasa Melayu telah menarik perhatian Dr. syed Muhammad Naquib Al-Attas untuk mengurniakan kepada beliau ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada 1973.
Keunggulan Za’ba terletak pada kekuatan dan juga ketajaman pandangannya terhadap sistem bahasa Melayu. Walaupun beliau tidak terdedah dengan secara formal dengan bidang linguistik, kajian yang dilakukannya berjaya membuktikan gagasan-gagasan penting dalam bidang ilmu itu ada di dalam intuisinya. Za’ba juga memperlihatkan ketajaman pemahamannya tentang konsep fonetik dengan memperkenalkan perbezaan bunyi vokal dan bunyi konsonan. Mengenai huruf saksi pula, beliau memperkenalkan bunyi-bunyi vokal seperti vokal sempit dan vokal tinggi serta menggolongkan bunyi vokal a, e, o sebagai bunyi kasar dan e-pepet, e, u sebagai bunyi halus.
Selain itu, beliau juga memperkenalkan konsep-konsep seperti vokal rangkap dan diftong. Analisis yang telah dilakukan oleh beliau sangat berpengaruh dalam bidang tatabahasa iaitu morfologi dan juga sintaksis. Beliau turut berjasa dalam bidang retorik. Karya beliau yang bertajukIlmu Mengarang Melayu menjadi panduan yang sungguh lengkap dalam kerja karang-mengarang, sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Menurut Prof. Dr. Hashim Awang dalam kertas kerjanya yang bertajuk“Retorika Melayu dari Tanggapan Za’ba’, buku Ilmu Mengarang Melayuyang dikarang oleh Za’ba telah mendahului buku yang dikeluarkan oleh tokoh retorik Inggeris, Cleanth Brooks dan Robert Penn, iaitu Modern Rhetoric yang diterbitkan enam tahun lebih lewat dari buku yang dikarang oleh Za’ba.
Prof. Dr. HarimurtiKridalaksana (1986) merupakan seorang sarjana dari Indonesia yang telah mengangkat Za’ba sebagai Bapa Tatabahasa Tradisional Melayu Malaysia, setaraf dengan Sasrasoeganda yang diiktiraf sebagai Bapa Tatabahasa Tradisional Indonesia. Hal ini berikutan dari pengaruh tatabahasa Za’ba yang begitu besar dalam sistem pendidikan di Malaysia.
KARYA YANG TELAH DIHASILKAN OLEH ZA’BA
Karya beliau yang pertama ialah sebuah artikel yang bertajuk Temasya Mandi Safar di Tg.Keling yang diterbitkan di Utusan Melayu. Karya ini dihasilkan sewaktu beliau bertugas sebagai guru pelatih pada tahun 1916. Beliau kerap menulis dalam akhbar-akhbar tempatan seperti Utusan Melayu dan Lembaga Melayu dengan menggunakan nama pena Patriot.
Beliau juga bertanggungjawab menulis untuk majalah Pengasuhsemasa di MalayCollege Kuala Kangsar mengenai kepentingan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa Melayu dari tahun 1918 hingga taun 1922.
Setahun kemudian, Za’ba menulis dalam The Malay Mail pada 1 Disember 1923 tentang The Poverty ofthe Malays dan juga tentang The Salvation of the Malays pada 22 Disember 1923. Pada ketika ini, beliau bertugas di Kuala Lumpur sebagai penterjemah dan pengarang Melayu di pejabat Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.
Kemudian, bermula pada 1 April 1924 beliau berkhidmat di Sultan Idris Training College(SITC). Semasa berkhidmat di SITC, beliau sempat melahirkan buku yang bertajuk Ilmu Bahasa Melayu I & II pada tahun 1927, Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1929 dan Ilmu Mengarang Melayupada 1934.Pertemuannya dengan Haji Abdullah bapa Hamka dan Hassan Bandung semasa melawat Indonesia pada tahun 1931 telah memberikan beliau idea untuk menulis rencana-rencana di dalam majalah Al-Ikhwan, Semangat Islam dan Saudara.
Beliau menyumbang dalam bidang tulisan Jawi apabila mengeluarkan buku bertajuk Panduan Ejaan Jawi pada tahun 1931 danDaftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) pada tahun 1938.
Selain itu, beliau telah memodenkan bahasa Melayu dengan menulisPelita BahasaMelayu pada tahun 1966 dan Ilmu Mengarang Melayu pada tahun 1968. Menurut Nik Safiah (1996:30), Za’ba mahu membentuk gaya bahasa Melayu yang benar-benar tulen.
Za’ba banyak terpengaruh dengan gerakan Kaum Muda. Hal ini menyebabkan beliau banyak menulis mengenai agama Islam bukan sahaja di dalam akhbar-akhbar Melayu, malah beliau juga pernah menulis di dalam majalah The Muslim di Singapura dan juga Islamic Review di London.
3 Jan 2017
Fungsi Bahasa Melayu :)
Fungsi bahasa melayu
Bahasa Melayu semenjak zaman Empayar Sriwijaya telah memainkan peranannya sebagai bahasa lingua franca di nusantara secara berterusan sampai sekarang. Penjajahan kuasa asing tidak menjejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca. Ciri ketahanan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi untuk terus berkembang pada masa akan datang.
Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan; yang akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya, Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut “Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah bahasa Melayu”.
Sebagai bahasa kebangsaan negara baru yang berdaulat, bahasa Melayu ditambah peranan atau fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa urusan perniagaan dan bahasa komunikasi. Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu. Hal ini akan mendorong kita untuk mempelajari, menghayati, menguasai, dan menggunakannya dengan berkesan. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap bahasa kebanggaan negara kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara. Sesungguhnya, pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.
Sebagai bahasa kebangsaan negara baru yang berdaulat, bahasa Melayu ditambah peranan atau fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa urusan perniagaan dan bahasa komunikasi. Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu. Hal ini akan mendorong kita untuk mempelajari, menghayati, menguasai, dan menggunakannya dengan berkesan. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap bahasa kebanggaan negara kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara. Sesungguhnya, pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa atau negara. Kedaulatan bahasa Melayu muncul kembali apabila bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam dan Singapura. Bahasa kebangsaan mempunyai kaitan rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri. Setiap negara yang merdeka perlu memiliki bahasa kebangsaan yang dapat melambangkan identiti bangsa dan negara tersebut. Sesuatu bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan melalui penggubalan undang-undang.
Fungsi utama bahasa kebangsaan secara khusus adalah
- Untuk menyerlahkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan.
- Bahasa kebangsaan juga dapat bertindak sebagai alat perhubungan dan seterusnya akan menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang hampir sama.
- Bahasa kebangsaan juga adalah digunakan untuk perpaduan dalam kalangan warganegara kerana mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.
Bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud fungsi bahasa bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu :
- ilmu sains
- teknologi
- ekonomi
- kejuteraan
- kedoktoran
- undang-undang di samping sastera dan agama.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai, terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa.
Sistem tatabahasa pula merujuk kepada segala aspek tatabahasa sama ada ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan dan seumpamanya. Penekanan harus diberi kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Dengan tercatatnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Penyata Razak (1956), usaha untuk mencapai tujuan ini telah mula dijalankan. Mulai tahun 1958, bahasa Melayu yang dahulunya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah Melayu hingga ke peringkat darjah VI telah digunakan sebagai bahasa pengantar di kelas menengah Melayu yang kemudiannya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan.
Kepentingan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan juga sebagai satu mata pelajaran diperkuatkan lagi dalam sistem peperiksaan dengan menjadikan kelulusan dalam mata pelajaran bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan sijil
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar utama untuk kursus perguruan sekolah rendah dan mulai tahun 1973, semua maktab perguruan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam hampir semua kursus.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan
Sepanjang bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa lingua franca dari zaman Sriwijaya hingga hari ini, bahasa Melayu telah berperanan sebagai alat perpaduan. Pada masa Sriwijaya berkuasa, kemudian diikuti pula oleh Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau, bahasa Melayu telah menjadi alat perpaduan yang menyatupadukan suku-suku bangsa di Nusantara. Pada masa penjajahan Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu masih memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Apabila Malaysia dan Indonesia didatangi oleh suku-suku bangsa yang bukan serumpun dengan suku-suku bangsa di Nusantara, iaitu Cina dan India, sekali lagi bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Bangsa-bangsa pendatang ini bersedia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia.
Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum adalah suatu tanda bahawa mereka menerima konsep bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia. Mereka menerima bahawa bahasa Melayu patut dipelajari oleh semua kaum agar mereka dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Oleh itu, mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan kepada semua pelajar pada semua peringkat sekolah, sebaik sahaja bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur daripada berbagai-bagai bangsa dan berupaya untuk menyatupadukan bangsa yang dikenal sebagai bangsa Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi
Komunikasi bermaksud perhubungan antara orang dengan orang atau antara organisasi dengan organisasi, dengan menggunakan bahasa atau isyarat. Komunikasi ini boleh berbentuk lisan atau tulisan dalam erti kata yang tradisional. Sebaliknya, pada zaman serba canggih ini, komunikasi boleh mengambil bentuk-bentuk yang berbeza. Sebagai contoh, filem dapat menjadi alat komunikasi yang sangat berkesan. Cerita yang dipaparkan dapat menimbulkan pelbagai perasaan dan emosi. Oleh itu, sesebuah filem dapat menaikkan imej seseorang atau sesebuah negara ataupun sebaliknya. P. Ramlee, melalui filem-filemnya telah meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu merentasi batasan bangsa dan budaya dan telah diterima oleh mesyarakat pada ketika itu sehingga kini. Bahasa Melayu dalam konteks komunikasi tradisional telah memainkan peranannya sebagai bahasa lingua franca semenjak zaman Empayar Sriwijaya lagi. Pada hari ini, hampir semua rakyat Malaysia dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa dalam semua bentuk komunikasi secara meluas melainkan dalam sektor swasta.Bahasa Melayu sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi bahasa antarabangsa kerana empat buah negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
“Era digital”, “dunia tanpa sempadan”, dan “global” adalah istilah-istilah yang menggambarkan senario masa depan dunia. Era baru ini dapat dijadikan jentera untuk memperkaya sesuatu bahasa dan memperkenalkannya ke seluruh dunia. Satu daripada cara untuk memperkenalkannya ke seluruh dunia adalah dengan menggunakan Internet. Pada masa yang sama, bahasa Melayu dapat diperkenalkan melalui program “Belajar Bahasa Melayu” melalui internet.
Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah negara, negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi dan antarabangsa. Bagi sesetengah negara, bahasa rasmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan bahasa kebangsaan.
Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi bererti pelaksanaan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
i. Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara
ii. Media dalam segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan.
iii. Penulisan dokumen dan rekod kerajaan.
iv. Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.
v. Penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
Bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan namun bahasa Inggeris masih digunakan secara rasmi antara tahun 1957 hingga 1967. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuat kuasa pada April 1963. Akta ini mengandungi tiga seksyen yang meliputi aspek-aspek tulisan, bentuk angka dan bahasa yang digunakan dalam borang rasmi kerajaan. Pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan dan mula berkuat kuasa oada 1 September 1967 di Semenanjung Malaysia. Akta ini kemudian disemak dan akhirnya disatukan dengan Akat Bahasa Kebangsaan 1063 dan dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
Kedua-dua akta ini jelas menunjukkan tentang bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi kegunaan masyarakat. Akta bahasa kebangsaan 1967 memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967, bahasa Melayu hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, perhubungan antarabangsa, hubungan diplomatik dan sebagainya. Penekanan tentang penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi ini semakin mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
DASAR BAHASA
Dasar bahasa ialah
pendirian kerajaan terhadap bahasa negara. Bagi negara Malaysia, bahasa Melayu
adalah bahasa utama dan menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Melalui dasar ini,
kerajaan akan melakukan langkah-langkah susulan untuk mengukuhkan kedudukan
bahasa kebangsaan itu melalui propaganda, pembinaan dan perluasan penggunaan
bahasa tersebut.
Dari segi sejarah, dasar
bahasa negara dibentuk hasil kompromi parti UMNO, MCA dan MIC sebelum Malaysia
mencapai kemerdekaan dahulu.
Terdapat banyak kaum di
Malaysia namun Bahasa Melayu diakui sebagai bahasa yang paling banyak
dipertuturkan, menjadi bahasa ‘lingua-franca’ (perantaraan) dan merupakan
bahasa penduduk asal Tanah Melayu.
Bahasa Melayu juga
merupakan bahasa yang paling sesuai dijadikan identiti Tanah Malayu yang bakal
merdeka pada masa itu.
Di atas ketiga-tiga aspek
inilah bahasa Melayu dilihat sebagai bahasa yang paling sesuai menjadi bahasa
utama negara.
Masalah yang
dihadapi kini dalam melaksanakan dasar bahasa
Dalam mencapai kesepakatan
untuk melaksanakan dasar bahasa negara, terdapat pelbagai masalah pada masa
itu. Masalah-masalah tersebut adalah seperti berikut:
a)
Semangat
dan kesungguhan yang belum cukup mantap dalam penggunaan bahasa Melayu. Sebagai
buktinya, bahasa Melayu kehilangan tempat dan peranan dalam majlis-majlis
rasmi. Dalam majlis-majlis rasmi, bahasa Inggeris masih diutamakan.
b)
Penggunaan
bahasa Melayu yang rendah mutunya. Pengguna bahasa Melayu secara umumnya tidak
mempedulikan mutu bahasa Melayu itu sendiri. Aspek mesej yang hendak
disampaikan lebih dipentingkan daripada aspek tatabahasa (cara penyampaian).
Apabila aspek mesej yang lebih diutamakan, penggunaan tatabahasa dan hukum
bahasa akan diabaikan.
c)
Bahasa
Melayu juga dianggap kurang mampu menjadi bahasa pengantar ilmu. Ini kerana
masih kurang bahan-bahan bacaan ilmiah dalam bahasa Melayu. Pelajar IPTA dan
IPTS menggunakan bahan rujukan bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu.
d)
Masalah
kekurangan istilah dalam pelbagai bidang, atau istilah yang kerap berubah. Masalah
ini dihadapi oleh para pendidik dan pelajar. Kemuncak masalah ini ialah apabila
bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar untuk mengajar Matematik dan Sains
di sekolah-sekolah.
e)
Bidang
morfologi bahasa Melayu mempunyai beberapa sistem yang tidak konsisten.
Misalnya terdapat pengecualian keselarasan vokal bila menggunakan istilah yang
berasal dari luar. Terdapat banyak istilah yang sudah biasa digunakan tetapi
sebenarnya adalah salah daripada segi morfologi. Contoh: mentua dan bukan mertua.
Perkataan mertua adalah salah, namun
digunakan dengan meluas, termasuk dijadikan tajuk filem lagenda P.Ramlee yang
terkenal iaitu ‘Ibu Mertuaku’.
Langgan:
Catatan (Atom)