10 Jan 2017
Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973),
juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan
Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam
bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.
Merujuk kepada wikipedia, Za'aba dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.
Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke:
1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar
1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951
1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.
Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeareyang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.
SUMBANGAN DAN KARYA
SUMBANGAN ZA’BA
Tan Sri Dr. Zainal bin Abidin telah diiktiraf dalam masyarakat dan negara sebagai seorang tokoh cendekiawan yang berwibawa. Beliau merupakan seorang pencetus dan pemikir dalam pelbagai bidang seperti agama, politik, sastera, bahasa dan lain-lain. Beliau juga merupakan salah seorang cendekiawan yang mendukung gerakan Islah suatu ketika dahulu. Dalam bidang politik pula, beliau merupakan seorang penggerak aktif dalam menyatukan bangsa Melayu serta menolak gagasan Malayan Union yang telah dicadangkan oleh orang Inggeris.
Walau bagaimanapun, beliau dilihat lebih menyerlah dalam bidang bahasa. Hal ini tidak dapat disangkal lagi kerana banyak sumbangan dalam bidang bahasa yang beliau telah berikan. Minatnya dalam bidang bahasa sudah timbul sejak kecil. Beliau telah bercita-cita untuk menulis sebuah buku tentang nahu Melayu sejak berumur dua belas tahun lagi. Semangatnya ditunjukkan bermula pada tahun 1918 semasa bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah pun mula mengumpulkan perkataan-perkataan Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi.
Pada tahun 1924, beliau mengambil satu inisiatif dengan menubuhkan sebuah persatuan yang bermatlamatuntuk menyeragamkan ejaan Jawi. Beliau telah menjemput beberapa orang pegawai kerajaan yang berlatar belakangkan pendidikan Inggeris ke Kuala Lumpur dalam usaha bersama-sama menubuhkan ‘Pan Malayan Malay Literary Society’ bagi menyatukan sistem ejaan Melayu yang pada masa itu mempunyai pelbagai sistem ejaan serta memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden.
Setelah hampir 20 tahun berusaha, akhirnya pada tahun 1938 beliau berjaya menyiapkan sebuah buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang diterbitkan 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 1949. Namun begitu, pada tahun 1931, beliau sempat menyiapkan sebuah buku mengenai undang-undang ejaan jawi dalam buku yang bertajuk Rahsia Ejaan Jawi.
Beliau bukan sahaja telah melakukan pembaharuan dalam sistem asas bahasa Melayu, malah beliau juga turut melakukan pembaharuan dalam bidang ejaan dan tatabahasa Melayu. Sezaman dengan tokoh linguistik Amerika yang terkenal, beliau merupakan orang yang menandai awal perkembangan ilmu linguistik Melayu. Taraf Za’ba sebagai perintis bahasa Melayu telah menarik perhatian Dr. syed Muhammad Naquib Al-Attas untuk mengurniakan kepada beliau ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada 1973.
Keunggulan Za’ba terletak pada kekuatan dan juga ketajaman pandangannya terhadap sistem bahasa Melayu. Walaupun beliau tidak terdedah dengan secara formal dengan bidang linguistik, kajian yang dilakukannya berjaya membuktikan gagasan-gagasan penting dalam bidang ilmu itu ada di dalam intuisinya. Za’ba juga memperlihatkan ketajaman pemahamannya tentang konsep fonetik dengan memperkenalkan perbezaan bunyi vokal dan bunyi konsonan. Mengenai huruf saksi pula, beliau memperkenalkan bunyi-bunyi vokal seperti vokal sempit dan vokal tinggi serta menggolongkan bunyi vokal a, e, o sebagai bunyi kasar dan e-pepet, e, u sebagai bunyi halus.
Selain itu, beliau juga memperkenalkan konsep-konsep seperti vokal rangkap dan diftong. Analisis yang telah dilakukan oleh beliau sangat berpengaruh dalam bidang tatabahasa iaitu morfologi dan juga sintaksis. Beliau turut berjasa dalam bidang retorik. Karya beliau yang bertajukIlmu Mengarang Melayu menjadi panduan yang sungguh lengkap dalam kerja karang-mengarang, sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Menurut Prof. Dr. Hashim Awang dalam kertas kerjanya yang bertajuk“Retorika Melayu dari Tanggapan Za’ba’, buku Ilmu Mengarang Melayuyang dikarang oleh Za’ba telah mendahului buku yang dikeluarkan oleh tokoh retorik Inggeris, Cleanth Brooks dan Robert Penn, iaitu Modern Rhetoric yang diterbitkan enam tahun lebih lewat dari buku yang dikarang oleh Za’ba.
Prof. Dr. HarimurtiKridalaksana (1986) merupakan seorang sarjana dari Indonesia yang telah mengangkat Za’ba sebagai Bapa Tatabahasa Tradisional Melayu Malaysia, setaraf dengan Sasrasoeganda yang diiktiraf sebagai Bapa Tatabahasa Tradisional Indonesia. Hal ini berikutan dari pengaruh tatabahasa Za’ba yang begitu besar dalam sistem pendidikan di Malaysia.
KARYA YANG TELAH DIHASILKAN OLEH ZA’BA
Karya beliau yang pertama ialah sebuah artikel yang bertajuk Temasya Mandi Safar di Tg.Keling yang diterbitkan di Utusan Melayu. Karya ini dihasilkan sewaktu beliau bertugas sebagai guru pelatih pada tahun 1916. Beliau kerap menulis dalam akhbar-akhbar tempatan seperti Utusan Melayu dan Lembaga Melayu dengan menggunakan nama pena Patriot.
Beliau juga bertanggungjawab menulis untuk majalah Pengasuhsemasa di MalayCollege Kuala Kangsar mengenai kepentingan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa Melayu dari tahun 1918 hingga taun 1922.
Setahun kemudian, Za’ba menulis dalam The Malay Mail pada 1 Disember 1923 tentang The Poverty ofthe Malays dan juga tentang The Salvation of the Malays pada 22 Disember 1923. Pada ketika ini, beliau bertugas di Kuala Lumpur sebagai penterjemah dan pengarang Melayu di pejabat Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.
Kemudian, bermula pada 1 April 1924 beliau berkhidmat di Sultan Idris Training College(SITC). Semasa berkhidmat di SITC, beliau sempat melahirkan buku yang bertajuk Ilmu Bahasa Melayu I & II pada tahun 1927, Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1929 dan Ilmu Mengarang Melayupada 1934.Pertemuannya dengan Haji Abdullah bapa Hamka dan Hassan Bandung semasa melawat Indonesia pada tahun 1931 telah memberikan beliau idea untuk menulis rencana-rencana di dalam majalah Al-Ikhwan, Semangat Islam dan Saudara.
Beliau menyumbang dalam bidang tulisan Jawi apabila mengeluarkan buku bertajuk Panduan Ejaan Jawi pada tahun 1931 danDaftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) pada tahun 1938.
Selain itu, beliau telah memodenkan bahasa Melayu dengan menulisPelita BahasaMelayu pada tahun 1966 dan Ilmu Mengarang Melayu pada tahun 1968. Menurut Nik Safiah (1996:30), Za’ba mahu membentuk gaya bahasa Melayu yang benar-benar tulen.
Za’ba banyak terpengaruh dengan gerakan Kaum Muda. Hal ini menyebabkan beliau banyak menulis mengenai agama Islam bukan sahaja di dalam akhbar-akhbar Melayu, malah beliau juga pernah menulis di dalam majalah The Muslim di Singapura dan juga Islamic Review di London.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan